RAKYAT Russia membunuh, menyeksa dan menculik warga Ukraine dalam pola sistematik yang boleh mengaitkan pegawai atasan dengan jenayah perang, kata Duta Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) bagi Keadilan Jenayah Global, semalam.
Large Beth Van Schaack yang juga Duta Besar Washington, berkata terdapat semakin banyak bukti pencerobohan Russia ke atas Ukraine disertai dengan jenayah perang bersistem yang dilakukan di setiap wilayah di mana tentera Russia dikerahkan.
Katanya, bukti dari kawasan yang dibebaskan menunjukkan serangan dilakukan dengan sengaja, sembarangan dan tidak seimbang terhadap penduduk awam.
Selain itu, penderaan tahanan orang awam dan tawanan perang, penyingkiran secara paksa atau penyaringan warga Ukraine termasuk kanak-kanak ke Russia dan pembunuhan menerusi hukuman mati dan keganasan seksual turut berlaku.
“Apabila kita melihat tindakan sistematik seperti ini, termasuk penciptaan rangkaian penyaringan yang luas, sangat sukar untuk membayangkan bagaimana jenayah ini boleh dilakukan tanpa tanggungjawab sehingga ke peringkat rantaian arahan,” katanya.
Van Schaack mewakili AS kepada badan global yang menyiasat jenayah perang dan kekejaman lain, menyifatkannya sebagai “detik baharu Nuremberg”, merujuk kepada perbicaraan jenayah perang di bandar Jerman itu pada akhir Perang Dunia II.
Beliau berkata serangan Russia selama sembilan bulan ke atas Ukraine mencetuskan pelbagai inisiatif akauntabiliti yang belum pernah berlaku sebelum ini, membabitkan pelbagai badan bersama Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague.
“Badan berkenaan sedang menyelaras usaha di bawah semua asas bidang kuasa yang ada,” katanya tanpa menyatakan secara khusus jika Presiden Russia Vladimir Putin boleh didakwa atas jenayah perang di Ukraine.
Namun, katanya, pendakwa akan mengikut ke arah mana kecenderungan bukti.
Di bawah undang-undang antarabangsa, doktrin tanggungjawab atasan membenarkan pihak pendakwaan meningkat ke peringkat rantaian perintah.
Beliau berkata pegawai hak asasi manusia sedang melihat dengan teliti video yang muncul pada hujung minggu menunjukkan tentera Ukraine mungkin membunuh tawanan perang Russia. – AFP, 22 November, 2022.
Komen