Musim sejuk ancam nyawa jutaan penduduk Ukraine, kata WHO


Jutaan penduduk Ukraine berdepan ancaman musim sejuk susulan serangan Rusia ke atas grid tenaga negara itu. – Gambar AFP, 22 November, 2022.

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin memberi amaran yang musim sejuk akan datang bakal mengancam nyawa jutaan rakyat Ukraine selepas beberapa siri serangan Rusia yang dahsyat ke atas grid tenaga negara itu.

“Ringkasnya, musim sejuk ini adalah mengenai kelangsungan hidup,” kata Hans Kluge, pengarah wilayah untuk Eropah di badan kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu memberitahu pemberita semasa lawatannya ke Kyiv.

“Musim sejuk ini akan mengancam nyawa berjuta-juta orang di Ukraine,” katanya.

Kerosakan infrastruktur tenaga Ukraine yang disebabkan oleh serangan peluru berpandu memberi kesan kepada sistem kesihatan dan kesihatan rakyat, kata Kluge.

Beliau berkata WHO merekodkan lebih 700 serangan ke atas kemudahan kesihatan Ukraine sejak pencerobohan Rusia bermula pada Februari.

Beliau merujuk kepada “pelanggaran jelas” undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

“Serangan berterusan ke atas infrastruktur kesihatan dan tenaga bermakna ratusan hospital dan kemudahan penjagaan kesihatan tidak lagi beroperasi sepenuhnya,” kata Kluge.

“Kami menjangkakan 2 hingga 3 juta lagi orang akan meninggalkan kediaman merekaserangan Rusia ke atas grid tenaga negara itu. – Gambar EPA, 22 November, 2022. untuk mencari kehangatan dan keselamatan,” katanya memberi amaran.

“Mereka akan menghadapi cabaran kesihatan yang unik, termasuk jangkitan pernafasan seperti Covid-19, radang paru-paru, influenza, dan risiko serius difteria dan campak dalam populasi yang kurang diberi vaksin.” – AFP, 22 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen