Sektor pelancongan bantu kembangkan ekonomi Thailand


KDNK Thailand merekodkan kenaikan 4.5 peratus pada Julai-September, mengunjurkan pertumbuhan keseluruhan tahun ini pada 3.2 peratus. – Gambar AFP, 21 November, 2022.

EKONOMI Thailand mengembang pada suku ketiga, kata para pegawai pada Isnin, dengan kepulangan pelancong antarabangsa membantu mengimbangi inflasi yang tinggi.

Ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu dilanda pandemik, tetapi pembukaan semula negara pada awal tahun ini menyaksikan sektor perkhidmatan mencatatkan peningkatan 87 peratus tahun ke tahun, menurut data rasmi.

Majlis Pembangunan Ekonomi dan Sosial Thailand (NESDC) merekodkan kenaikan 4.5 peratus tahun ke tahun keluaran dalam negara kasar pada Julai-September, mengunjurkan pertumbuhan keseluruhan tahun ini pada 3.2 peratus dan meramalkan 3.0/4.0 peratus untuk 2023.

“Sektor perkhidmatan terus berkembang berikutan pembukaan semula pelancongan pada awal tahun ini,” kata Danucha Pichayanan, setiausaha agung NESDC, sambil menambah penggunaan swasta meningkat sembilan peratus.

Thailand menjangkakan dapat menjana sekitar 570 bilion baht (AS$15.8 bilion) hasil pelancongan tahun ini, kata pegawai, selepas mengalu-alukan kira-kira 10.2 juta pelancong sejak dibuka semula.

Namun Danucha berkata tanda-tanda pemulihan sudah ada, dengan kerajaan menaruh harapan pada potensi kelonggaran China terhadap peraturan perjalanan Covid yang ketat.

“Kami percaya China mungkin longgarkan sekatan perjalanan pada separuh kedua tahun depan,” katanya.

Pegawai berkata mereka menjangkakan kira-kira 23 juta pelancong pada 2023, meramalkan 1.2 trilion baht dalam hasil yang dijana. – AFP, 21 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen