Iran menahan dua pelakon terkenal yang menyatakan solidariti dengan gerakan protes dan menanggalkan tudung mereka di khalayak ramai dalam tindakan menentang rejim, lapor media kerajaan Ahad.
Hengameh Ghaziani dan Katayoun Riahi kedua-duanya ditahan selepas dipanggil oleh pendakwa raya dalam siasatan ke atas siaran media sosial dan aktiviti media “provokatif” mereka, kata agensi berita IRNA yang dikendalikan kerajaan.
Lebih dua bulan kepimpinan ulama Iran digemparkan dengan demonstrasi diketuai wanita susulan kematian dalam tahanan Mahsa Amini, seorang wanita berusia 22 tahun asal Kurdish yang ditangkap oleh polis di Tehran.
Pihak berkuasa di republik Islam itu menyifatkan protes sebagai “rusuhan” dan menuduh musuh Barat negara itu mencetuskan mereka.
Ghaziani seorang pengkritik lantang terhadap tindakan keras terhadap penunjuk perasaan ditangkap kerana menghasut dan menyokong “rusuhan” serta untuk berkomunikasi dengan media pembangkang, kata IRNA.
Bintang filem berusia 52 tahun itu menyatakan dia dipanggil oleh badan kehakiman dan kemudian memuat naik videonya membuka tudung di Instagram.
“Mungkin ini akan menjadi catatan terakhir saya.
“Mulai saat ini apa sahaja yang berlaku kepada saya, ketahuilah bahawa seperti biasa saya bersama rakyat Iran sehingga nafas terakhir saya,” tulisnya pada Sabtu.
Video itu yang kelihatan dirakam di sebuah membeli-belah menunjukkan Ghaziani tidak memakai tudung.
Dalam satu hantaran minggu lalu dia menuduh kerajaan Iran yang telah “membunuh” lebih 50 kanak-kanak. – AFP, 21 November, 2022.
Komen