TYLER Adams dinamakan sebagai kapten pasukan bola sepak Amerika Syarikat (AS) menjelang perlawanan pembukaan Piala Dunia menentang Wales hari ini, sekali gus menjadikan beliau kapten termuda sejak Walter Bahr pada 1950.
Perkara itu diumumkan ketua jurulatih pasukan Gregg Berhalter pada sidang media semalam.
Adams, 23, pemain tengah tempatan akademi New York Red Bulls dan mula menjadi pemain profesional pada usia 16 tahun.
Beliau menyertai RB Leipzig dari Bundesliga pada Januari 2019 dan berpindah ke kelab Liga Perdana Leeds United pada musim panas ini, menurut Xinhua.
Adams melakukan penampilan sulung dengan pasukan kebangsaan pada 2017 dan membuat 32 penampilan antarabangsa sejak itu.
Purata umur barisan pemain utama pasukan Amerika ialah 25 tahun, menjadikannya pasukan kedua termuda dalam kalangan 32 pasukan, selepas Ghana. – Bernama, 21 November, 2022.
Komen