MENTERI Pertahanan India Rajnath Singh akan menghadiri mesyuarat menteri pertahanan Asean-Plus (ADMM-Plus) di bandar Siem Reap, Kemboja.
Selain dijadual menyampaikan ucapan pada forum ADMM-Plus semasa lawatannya dari 22 hingga 23 November, menteri itu juga akan mengambil bahagian dalam mesyuarat menteri pertahanan India-Asean yang dipengerusikan bersama India dan Kemboja.
“Pelbagai inisiatif bagi meningkatkan perkongsian India-Asean akan diumumkan semasa mesyuarat itu,” menurut kenytaan Kementerian Pertahanan India pada Ahad.
Rajnath juga akan mengadakan perbincangan dua hala dengan rakan sejawatnya dari negara yang menyertai forum serantau Asean.
Platform ADMM-Plus menghimpunkan negara anggota Asean dan rakan dialognya termasuk Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Russia dan Amerika Syarikat bagi mengukuhkan kerjasama hal pertahanan dan keselamatan serantau. – Bernama, 20 November, 2022.
Komen