BRITAIN berikrar akan berdiri teguh menyokong Ukraine sehingga negara itu bebas daripada pencerobohan Rusia, kata perdana menterinya Rishi Sunak semalam.
Ini merupakan lawatan pertama Sunak ke Ukraine.
“Saya di sini hari ini untuk mengatakan bahawa UK akan terus berdiri bersama anda sehingga Ukraine beroleh keamanan dan keselamatan yang sepatutnya dimiliki,” kata Sunak pada sidang media bersama dengan Presiden Volodymyr Zelensky di Kyiv, semalam.
Downing Street dalam satu kenyataan berkata perdana menteri itu juga mengumumkan pakej pertahanan udara baharu bernilai £50 juta (AS$60 juta).
Beliau dalam itu berkata keberanian rakyat Ukraine memberi inspirasi kepada dunia.
“Pada tahun-tahun mendatang, kami akan memberitahu anak cucu kami tentang kisah anda, betapa bangga rakyat bangkit menghadapi serangan yang mengerikan, bagaimana anda berjuang, bagaimana anda berkorban, dan bagaimana anda berjaya,” katanya.
Zelensky pada sidang media yang sama menghargai lawatan Sunak yang dianggap bermakna dan bermanfaat untuk kedua-dua negara. – AFP, 20 November, 2022.
Komen