Azmin kalah ditangan MB Selangor


Ravin Palanisamy

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari memperoleh 72,267 undi sekali gus mengalahkan penyandang Gombak yang juga dalang Langkah Sheraton Azmin Ali yang mendapat 59,538 undi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 20 November, 2022.

MENTERI Besar Pakatan Harapan (PH) Selangor berjaya mengalahkan penyandang Gombak Mohamed Azmin Ali dengan majoriti 12,729 undi.

Amirudin Shari memperoleh 72,267 undi, manakala pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) itu mendapat 59,538 undi.

Azmin telah menyandang kerusi Gombak selama tiga penggal di bawah tiket PKR.

Pada PRU 2018, Azmin menang kerusi itu dengan majoriti 48,721 undi.

Azmin dilihat ramai sebagai dalang di sebalik Langkah Sheraton yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan PH selepas cuma 22 bulan memerintah.

Beliau mengepalai 10 ahli parlimen PKR yang lain berpaling tadah yang membolehkan penubuhan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin.

Azmin kemudian dilantik sebagai menteri hal ehwal ekonomi di bawah kerajaan PN.

Kerajaan Muhyiddin bagaimanapun cuma mampu bertahan selama 17 bulan.

Apabila Ismail Sabri Yaakob dari BN membentuk kerajaan, Azmin dilantik sebagai menteri kanan perdagangan antarabangsa dan industri.

Antara calon yang kalah di Gombak pada PRU15 kali ini ialah Megat Zulkarnain Omarin (BN) yang mendapat 30,723 undi, Aziz Jamaluddin Mhd Tahir (Pejuang) dengan 2,223 undi dan calon Bebas Zulkifli Ahmad dengan 675 kerusi. – 20 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen