ZURAIDA Kamaruddin kalah kerusi Parlimen Ampang apabila hilang 50,000 undi berbanding yang diperolehinya pada pilihan raya umum lepas, ketika bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH).
Beliau bukan saja hilang kerusi yang disandangnya tiga penggal sejak 2008 tetapi hilang wang pertaruhan.
Zuraida, yang kemudian dipecat dari PKR kerana terlibat dengan percaturan politik Langkah Sheraton, bertanding atas tiket Parti Bangsa Malaysia.
PH menang dan mengekalkan penguasaan ke atas Ampang melalui calonnya Rodziah Ismail.
Rodziah mendapat 56,754 undi, menang dengan majoriti 29,681 undi, mengatasi pesaing terdekatnya Shasha Lyna dari Perikatan Nasional (PN) yang mendapat 27,073 undi.
Tujuh calon lain hilang wang pertaruhan.
Ampang adalah kerusi Parlimen dengan calon kedua terbanyak seramai sembilan orang. – 20 November, 2022.
Komen