Selepas 11 penggal, Ku Li tumbang di Gua Musang


Tengku Razaleigh Hamzah gagal mempertahankan kerusi Parlimen yang diwakilinya 11 penggal sejak 1974. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 November, 2022.

VETERAN Umno Tengku Razaleigh Hamzah gagal mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang, yang diwakilinya 11 penggal sejak 1974, ketika kawasan pilihan raya itu dikenali dengan nama Ulu Kelantan.

Beliau kalah kepada calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Azizi Abu Naim yang bertanding dengan lambang PAS.

Tengku Razaleigh hanya mendapat 21,663 undi, ketinggalan hanya 163 undi.

Mohd Azizi meraih 21,826 undi.

Dua lagi calon, Asharun Uji daripada Pakatan Harapan (PH) dan Samsu Abdabi Mamat daripada Gerakan Tanah Air (GTA) hilang wang pertaruhan. – 19 November, 2022. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen