Elon Musk mulakan tinjauan kembalikan akaun Twitter Trump


Pemilik Twitter Elon Musk lancer tinjauan menerusi media sosial itu semalam sama ada bekas presiden Donald Trump patut dibenarkan kembali ke platform itu. – Gambar EPA, 19 November, 2022.

PEMILIK Twitter Elon Musk melancarkan tinjauan menerusi media sosial itu semalam sama ada bekas presiden Donald Trump patut dibenarkan kembali ke platform itu.

“Kembalikan semula akaun bekas presiden Trump,” kata Musk di Twitter yang memperoleh lebih 4.4 juta reaksi ketika ia diterbitkan.

Lebih 55% pengguna mengundi “ya” manakala 44% memutuskan “tidak.”

Beberapa jam sebelum itu, jutawan Amerika itu membayangkan beliau sedang mempertimbangkan untuk mengembalikan semula akaun Twitter Trump, lapor Agensi Anadolu.

“Keputusan mengenai (akaun) Trump masih belum dibuat,” kata Musk ketika mengumumkan tiga akaun berprofil tinggi yang diharamkan gergasi media sosial itu sebelum ini dikembalikan semula.

Akaun Twitter milik Kathie Griffin, Jorden Peterson dan Babylon Bee dikembalikan semula, katanya.

Trump mempunyai kira-kira 88.8 juta pengikut sebelum Twitter menggantung akaunnya secara kekal pada Januari 2021, berikutan peranannya dalam rusuhan 6 Januari di Capitol AS dan berpotensi menggalakkan lebih banyak keganasan. – Bernama, 19 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen