Azmin harap Perikatan peroleh majoriti tanpa perlu pakatan


Ravin Palanisamy

Mohamed Azmin Ali ketika hadir mengundi bagi PRU15 di SK Klang Gates di Gombak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 19 November, 2022. 

PERIKATAN Nasional (PN) menjangkakan memenangi kerusi yang mencukupi untuk majoriti, kata pengarah pilihan raya gabungan itu Mohamed Azmin Ali hari ini.

Calon Gombak itu berkata, beliau berharap PN diberi mandat yang jelas untuk memimpin negara tanpa perlu membentuk pakatan dengan gabungan lain.

“PN bersaing untuk 171 kerusi. Ini bermakna kami menyasarkan untuk mendapatkan kerusi yang mencukupi tanpa perlu bergabung dengan parti lain.

“Kami telah bekerja keras dalam beberapa bulan kebelakangan ini untuk memastikan PN akan mendapat sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan,” kata Azmin, yang mengundi di SK Klang Gates di Gombak.

“Kami bekerja keras dalam beberapa bulan kebelakangan ini untuk memastikan PN akan mendapat sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan,” kata Azmin yang mengundi di SK Klang Gates di Gombak.

Terdapat 222 kerusi di dewan rakyat parlimen.

Tinjauan mendapati tiada gabungan tunggal akan dapat memenangi majoriti mudah 112 kerusi.

“Saya tidak mahu membuat spekulasi. Saya yakin PN akan memperoleh cukup kerusi untuk membentuk kerajaan,” katanya.

Azmin yang merupakan antara ahli Parlimen yang berpaling tadah daripada PKR kepada Bersatu selepas Langkah Sheraton bersaing dalam pertandingan lima penjuru untuk kerusi Gombak bersama penyandang Menteri Besar Selangor Amirudin Shari daripada Pakatan Harapan, Megat Zulkarnain Omardin dari Barisan Nasional, Aziz Jamaludin Mohd Tahir (Pejuang) dan calon bebas Zulkifli Ahmad. 

PN terdiri daripada Bersatu, PAS, Gerakan dan parti berasaskan Sabah Parti Progresif Sabah dan Parti Solidariti Tanah Airku. – 19 November, 2022. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen