Setiausaha pertahanan AS akan ke Indonesia bincang kerjasama pertahanan


Lawatan Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin itu akan memudahkan pembangunan inisiatif dua hala penting yang bertujuan memodenkan tentera Indonesia.– Gambar AFP, 18 November, 2022.

SETIAUSAHA Pertahanan AS Lloyd Austin akan mengadakan lawatan ke Indonesia untuk menentukan hala tuju kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara, kata Jabatan Pertahanan AS pada Rabu, lapor Sputnik.

“Setiausaha Austin akan berada di Jakarta untuk bertemu dengan pemimpin kanan kerajaan dan tentera ketika Amerika Syarikat dan Indonesia berusaha untuk merangka hala tuju bercita-cita tinggi dalam perkongsian pertahanan mereka,” kata kenyataan itu.

Lawatan setiausaha pertahanan itu juga akan memudahkan pembangunan inisiatif dua hala penting yang bertujuan memodenkan tentera Indonesia.

Austin akan memulakan jelajah antarabangsanya pada Jumaat. Selain Indonesia, beliau akan melawat Kanada dan Kemboja. – Bernama, 18 November, 2022.          


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen