Sokongan terhadap BN lebih tinggi, menurut tinjauan 


BARISAN Nasional mempunyai kadar sokongan yang lebih tinggi dalam kalangan responden, menurut tinjauan yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan UCSI,baru-baru ini.

Tinjauan itu juga mendapati gabungan itu mendapat sokongan dalam kalangan pengundi kali pertama (44%), manakala budak posternya Ismail Sabri Yaakob menjadi pilihan responden untuk menjadi perdana menteri selepas PRU15 (24%).

Tinjauan itu, yang dijalankan antara 8 dan 14 November daripada 1,765 responden, kadar sokongan keseluruhan BN ialah 38.53%, diikuti Pakatan Harapan (31.05%), Perikatan Nasional (13.88%) dan Gerakan Tanah Air (0.96%). 15.58% daripada responden tidak menjawab soalan ini.

Daripada 1,765 responden dalam kajian ini, 73% telah menyatakan bahawa mereka akan keluar mengundi Sabtu ini, kata pusat itu dalam kenyataan akhbar hari ini.

Antara dapatan tinjauan termasuk:

  • Pengundi bandar cenderung menyokong PH (52%) manakala pengundi luar bandar cenderung menyokong BN (60%).
  • Pengundi kali pertama cenderung menyokong BN. Peratusannya ialah BN (44%), PH (30%), PN (15%) dan tiada maklum balas (11%).
  • PM pilihan ialah Ismail Sabri Yaakob (24%), Anwar Ibrahim (22%), Ahmad Zahid Hamidi (15%), Muhyiddin Yassin (10%), Abdul Hadi Awang (8%), Mohd Shafie Apdal (4% ), Dr Mahathir Mohamad (2%) dan tiada maklum balas (15%).
  • *34% daripada responden menyatakan bahawa mereka akan mengundi mengikut parti/gabungan, 23% akan mengundi mengikut calon, manakala 37% akan mempertimbangkan kedua-dua parti dan calon. 6% tidak menyatakan sebarang pendapat mengenai perkara ini.

Tinjauan itu juga mendapati Ismail Sabri adalah pilihan utama orang Melayu manakala Anwar adalah pilihan orang Cina.

Responden terlibat terdiri daripada 953 lelaki (54%) dan 812 perempuan (46%).

Antara responden, 1,041 adalah Melayu, Cina (475), India (246), lain-lain (3).

Seramai 318 adalah pengundi kali pertama berumur 18-22 tahun.

Dari segi kawasan mengundi, 1,002 adalah dari kawasan bandar dan 763 adalah dari kawasan luar bandar. – 17 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen