SEORANG lelaki yang merempuh kenderaan SUV miliknya ke arah perarakan Krismas di Wisconsin tahun lalu dan menyebabkan enam terbunuh, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa parol, semalam.
Pada Oktober, juri mensabitkan Darrell Brooks, 40, bersalah atas tuduhan membunuh dengan niat, bersikap cuai dan membahayakan serta langgar lari, selepas perbicaraan diadakan selama tiga minggu.
Brooks berdepan hukuman mandatori penjara seumur hidup ketika keputusan dibuat di mahkamah di Waukesha, di mana serangan itu berlaku pada November 2021.
Hakim Jennifer Dorow berkata: Secara jujurnya, anda memang layak menerima hukuman itu.”
Tertuduh melanggar 68 individu dalam insiden itu.
Pada Selasa, mangsa dalam insiden itu memberi keterangan berkenaan trauma dan kecederaan yang mereka alami.
Dalam pembelaannya, ibu Brooks berkata anaknya itu mengalami masalah psikiatrik.
Tertuduh sendiri dalam keterangannya yang tidak begitu jelas pertuturannya berkata beliau menyesal dan tidak tahu kenapa beliau buat apa yang dilakukannya itu. – AFP, 17 November, 2022.
Komen