14 lagi orang awam terbunuh serangan udara terbaru di Ghouta


Wilayah tawanan pemberontak di Ghouta, Syria masih dilanda serangan tentera Syria dan sekutu Rusia dan setakat ini mengorbankan 709 orang awam termasuk 166 kanak-kanak. – Gambar AFP, 5 Mac, 2018.

SERBUAN udara oleh rejim Syria di wilayah tawanan pemberontak di Ghouta membunuh kira-kira 14 orang awam semalam, kata pemerhati.

Badan pemantau hak asasi manusia Syria berkata bom diletakkan dalam tong menggunakan bahan letupan mentah menyebabkan kemusnahan – digunakan termasuk di bandar Hammuriyeh, di mana 10 orang terbunuh.

Kematian terbaru itu menjadikan jumlah setakat ini 709 orang awam terbunuh sejak rejim dan pasukan tentera sekutu Rusia meningkatkan kempen mereka terhadap Ghouta pada Februari.

Menurut ketua badan pemerhati yang berpangkalan di Britain itu, Rami Abdel Rahman sekurang-kurangnya 166 daripada yang maut adalah kanak-kanak.

Serangan yang membawa maut itu selain serangan lain dan tembakan roket di tempat lain di Ghouta terus berlaku sementara orang awam menunggu ketibaan pasukan bantuan kemanusiaan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. – AFP, 5 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen