Mahkamah Tokyo dikosongkan akibat ancaman bom


DUA mahkamah di Tokyo terpaksa dikosongkan dan perbicaraan awal petang semalam ditangguhkan selepas menerima ancaman bom, Xinhua memetik laporan media tempatan.

Menurut laporan penyiar awam Jepun NHK, Mahkamah Tinggi Tokyo membatalkan perbicaraan dan memindahkan pelawat selepas seseorang mengugut untuk meletupkan bangunan kerajaan itu pada kira-kira 1.30 tengah hari waktu tempatan semalam.

Bangunan ini terletak di tengah Tokyo bersama mahkamah tinggi serta Mahkamah Daerah Tokyo.

Akses ke bangunan itu ditutup sehingga polis dirujuk, kata media tempatan.

Perbicaraan yang dijadualkan pada tengah hari ditukar ke sebelah petang atau dijadualkan semula pada hari lain, kata mahkamah.

Antara kes yang didengar semalam adalah keputusan mahkamah tinggi berhubung persoalan akan perbezaan besar undi pada pilihan raya Parlimen Julai lepas.

Beberapa mahkamah tinggi lain di negara itu memutuskan pilihan raya Parlimen pada Julai berlangsung tidak mengikut perlembagaan daripada segi perbezaan nilai undi.

Agensi Perkhidmatan Imigresen Jepun menerima emel kira-kira 3:25 pagi waktu tempatan yang menyatakan: “Saya akan meletupkan Mahkamah Daerah Tokyo pada 1.34 petang waktu tempatan Isnin,” kata polis tempatan, sambil menambah terdapat nama seorang lelaki dalam mesej itu .

Polis berkata bomba tempatan menerima ancaman serupa melalui emel, seperti yang dilaporkan media tempatan. – Bernama, 15 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen