SEKURANG-KURANGNYA 67 terbunuh dalam gempa bumi besar di kawasan tanah tinggi terpencil di Papua New Guinea minggu lalu, menyebabkan ratusan kehilangan rumah dan tanpa makanan serta air bersih, kata pertubuhan palang merah.
Usaha menyelamat sangat perlahan kerana pekerja bantuan terpaksa berdepan jalan ditutup dan bekalan elektrik terputus di kawasan perkampungan selepas gempa bumi berskala 7.5-magnitud melanda pada 26 Februari lalu.
Penduduk tempatan di tanah tinggi selatan, barat, wilayah Enga dan Hela juta terpaksa berdepan dengan serangan susulan, termasuk gegaran 6.0-magnitud pada awal hari ini.
“Jumlah kematian dilaporkan Pusat Bencana Negara dan pasukan pengurusan bencana pada Jumaat ialah 67 orang,” kata jurucakap palang merah.
“Kira-kira 143,000 orang terjejas dan 17,000 hilang tempat tinggal, sama ada rumah musnah sepenuhnya atau separuh dan tidak boleh didiami.”
Setakat ini, kerajaan belum mengeluarkan jumlah kematian secara rasmi. – AFP, 5 Mac, 2018.
Komen