‘Coco’ filem animasi terbaik Oscar


Lee Unkrich (kiri) bersama Darla K. Anderson bergambar untuk wartawan bersama anugerah filem animasi terbaik “Coco” di Anugerah Oscar ke-90 pagi ini di Hollywood, California. – Gambar AFP, 5 Mac, 2018.

FILEM “Coco” yang berjaya menawan hati penonton dengan kisah seorang budak lelaki mengejar impiannya dengan latar belakang festival kematian di Mexico, diangkat sebagai filem animasi terbak Oscar.

Filem arahan Lee Unkrich itu digelar “surat cinta untuk Mexico”, adalah filem pertama studio Pixar milik Disney, yang dihasilkan sepenuhnya untuk budaya asing.

Ia satu percubaan yang berisiko tinggi pada tahun di mana Donald Trump menjadi presiden Amerika Syarikat dengan kempen retorik anti Mexico.

Tetapi ia berjaya; filem itu memperoleh AS$740 juta di seluruh negara, memenangi anugerah Golden Globe, BAFTA dan dua kategori dalam Anugerah Critic’s Choice dan hari ini, ia menang Oscar.

Filem itu juga menerima pencalonan untuk lagu asal terbaik “Remember Me” oleh duet suami isteri Kristen Anderson-Lopez dan Robert Lopez.

Filem itu mengisahkan tentang Miguel, seorang yang teringin menjadi ahli muzik tetapi membesar dalam keluarga di mana muzik diharamkan kerana rahsia misteri dari zaman silam.

Dia kemudian termasuk ke tempat orang yang sudah mati, meniti perjalanan yang membawanya menyaksikan sejarah keluarganya. – AFP, 5 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen