Gempa bumi 5.4 magnitud landa Nepal


Gempa bumi berukuran 5.4 magnitud melanda Nepal hari ini selepas gempa berukuran 5.6 magnitud meragut enam nyawa tiga hari sebelumnya. – Gambar EPA, 13 November, 2022.

GEMPA bumi berukuran 5.4 magnitud melanda Nepal hari ini, kata Pusat Seismologi Kebangsaan India.

Menurut kenyataan pusat berkenaan gempa bumi itu berlaku pada 14:27 GMT dengan kedalaman 10 kilometer.

Menurut Sputnik pusat gempa itu terletak 212 kilometer tenggara bandar Joshimath di India, lapor All India Radio.

Ia berlaku tiga hari selepas gempa bumi berukuran 5.6 magnitud meragut sekurang-kurangnya enam nyawa di Nepal. – Bernama, 13 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen