20 maut bas jatuh terusan di Mesir


SERAMAI 20 orang terbunuh hari ini apabila bas mini yang mereka naiki jatuh ke dalam terusan di Delta Nil utara Mesir, kata pendakwa raya.

Lapan orang cedera termasuk pemandu dalam kemalangan yang berlaku di wilayah Dakahlia.

Pendakwa raya berkata polis menahan pemandu bas berkenaan selepas ujian dadah awal menunjukkan dia memandu di bawah pengaruh dadah.

Mereka berkata pemandu itu juga juga disyaki menggunakan telefon bimbit semasa kemalangan.

Krew kecemasan menemui bas mini yang rosak teruk di dalam terusan, lapor seorang jurugambar AFP.

Pada 2021 kira-kira 7,000 orang terbunuh di jalan raya negara paling ramai penduduk di Arab itu, menurut angka rasmi.

Pada Julai 25 orang maut dan 35 lagi cedera di tengah Mesir apabila sebuah bas merempuh sebuah trak yang diletakkan di tepi jalan. – AFP, 13 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen