POLIS Turki semalam melepaskan gas pemedih mata bagi meleraikan perarakan hak wanita di Ankara, dengan kira-kira 15 penunjuk perasaan dilaporkan ditahan.
Para penunjuk perasaan, yang kebanyakannya terdiri daripada Platform Wanita Ankara, sebuah organisasi masyarakat sivil yang mempromosikan hak wanita, berkumpul di ibu kota Turki bagi melakukan perarakan menjelang Hari Wanita Antarabangsa pada Khamis.
“Kami semakin kuat dalam solidariti,” tulis satu spanduk ketika polis anti rusuhan bertindak dan menembak gas pemedih mata selepas kumpulan itu mengabaikan arahan bersurai, kata jurugambar AFP yang turut berada di tempat kejadian.
Seramai 15 orang wanita ditahan oleh polis, lapor agensi berita swasta Dogan.
Di Istanbul semalam, seramai 1,500 wanita menunjuk perasaandi daerah Bakirkoy di bahagian Eropah bandar itu, lapor wartawan AFP.
Kumpulan itu memprotes operasi ketenteraan Turki di Syria yang mensasarkan militin Kurdish Syria yang dianggap sebagai kumpulan pengganas oleh Ankara.
“Ada perang di sempadan kita. Kita tidak boleh terus bersikap tidak peduli,” kata seorang penunjuk perasaan wanita bernama Meltem. – AFP, 5 Mac, 2018.
Komen