Presiden Korea, PM Jepun bertemu di Kemboja


Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol mengadakan sidang kemuncak bersama Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida pada Sabtu di luar perhimpunan serantau Asean di Kemboja. – Gambar AFP, 12 November, 2022.

PRESIDEN Korea Selatan Yoon Suk Yeol mengadakan sidang kemuncak bersama Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida pada Sabtu di luar perhimpunan serantau Asean di Kemboja.

Kedua-dua pemimpin kini berada di Phnom Penh untuk menghadiri pelbagai sidang kemuncak yang melibatkan Asean pada Ahad, agensi berita Yonhap memetik seorang pegawai presiden.

Kedua-dua pihak bersetuju mengenai perlunya sidang kemuncak itu untuk kepentingan kerjasama keselamatan susulan provokasi yang semakin meningkat dari Korea Utara, kata pegawai itu kepada pemberita.

Korea Utara baru-baru ini menjalankan ujian senjata secara bertubi-tubi, termasuk pelancaran peluru berpandu ke arah Jepun, dan dijangka menjalankan ujian nuklear ketujuhnya tidak lama lagi.

Sidang kemuncak Ahad adalah pertemuan kali kedua Yoon dan Kishida.

Kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan dua hala pertama mereka di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York pada September. – Bernama, 12 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen