Operasi di Ghouta mesti diteruskan, kata Presiden Assad


Foto Agensi Arab Syria (Sana) menunjukkan Presiden Bashar Assad bercakap dengan pemberita di Damaskus pada 4 Mac 2018. Menurut laporan media, Assad berikrar operasi ketenteraan di Ghouta Timur akan diteruskan. Beliau menegaskan majoriti penduduk di situ ingin keluar dari apa yang disebutnya 'keganasan' kepada 'pangkuan' Syria. – Gambar EPA, 5 Mac, 2018.

PRESIDEN Syria, Bashar al-Assad, pada Ahad mengatakan tenteranya mesti meneruskan operasi di daerah yang dikuasai pemberontak Ghouta Timur, meskipun menerima tekanan untuk menamatkannya.

“Operasi terhadap keganasan mesti diteruskan, sementara pada masa yang sama orang awam akan terus mempunyai kemungkinan untuk berpindah,” Assad memberitahu wartawan dalam ucapan yang disiarkan di televisyen negara itu.

Tentera Assad merampas lebih daripada satu per empat kawasan di pinggir timur Damsyik selepas dua minggu melakukan pengeboman yang dahsyat, menurut Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia di Syria yang merupakan pemerhati perang. – AFP, 5 Mac, 2018.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen