4 maut, 21 cedera bangunan runtuh di Poland


Pihak bomba mengesahkan kejadian bangunan runtuh di bandar Poznan, Poland yang mengorbankan empat nyawa berpunca daripada letupan gas. – Gambar fail EPA, 5 Mac, 2018.

EMPAT orang terbunuh dan 21 cedera apabila sebuah bangunan runtuh pada Ahad di bandar Poznan di barat Poland, kata anggota bomba.

Mereka berkata kejadian berpunca daripada letupan gas.

“Menurut pengiraan kami, peralatan mengukur dan pasukan penyelamat kami, tidak sepatutnya ada mangsa lain lagi dalam runtuhan itu,” kata ketua perkhidmatan penyelamat kebangsaan Leszek Suski.

Beliau berkata 40 orang berada di bangunan ketika ia runtuh pada pukul 7.50 pagi (0650 GMT).

“Ia sudah dipastikan mungkin berpunca daripada letupan gas,” kata jurucakap bomba itu kepada televisyen TVN24. – AFP, 5 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen