29 tahun diburu polis, suspek bunuh kini jutawan


POLIS di selatan China berjaya menahan seorang suspek kes bunuh yang kini jutawan, selepas 29 tahun dalam buruan pihak berkuasa.

Suspek dikenali dengan nama Xiong dikehendaki kerana menikam hingga mati seorang lelaki ketika dalam satu pergaduhan pada 1993, lapor Beijing Youth Daily.

Polis Xiangyang di wilayah Hubei tengah China melakukan perjalanan lebih 1,200 km ke bandar Huizhou di wilayah Guangdong untuk menahan suspek.

Polis menyamar sebagai pekerja pandemik Covid-19 bagi menahan suspek yang tinggal bersama ibunya yang sudah tua, kerana kawasan itu berada dalam zon wabak Covid-19 dan juga pusat gempa bumi di ibu kota wilayah terbabit.

Selepas hampir tiga dekad dalam buruan, Xiong berubah daripada seorang pekerja biasa kepada jutawan yang tinggal di pangsapuri mewah, tetapi pihak berkuasa tidak mendedahkan bagaimana dia mengumpul kekayaannya.

“Sekarang anda tahu mengapa kami datang mencari anda, sudah tiba masanya anda ‘membayar hutang’,” kata seorang pegawai polis kepada Xiong di luar pangsapuri miliknya. – AFP, 11 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen