RUSIA berikrar akan mempertahankan nilai-nilai tradisional dalam usaha menentang ancaman dari Amerika Syarikat (AS) dan “propaganda gay”, menurut dekri yang ditandatangani Presiden Vladimir Putin semalam.
Dekri yang berkuat kuasa serta-merta itu itu menekankan kepentingan nilai tradisional sebagai asas masyarakat Rusia.
Ia juga sebagai amaran Moscow akan mengambil tindakan segera untuk mengelak segala bentuk ancaman termasuk dari pengganas, “media tertentu”, AS dan negara lain yang tidak mesra dengannya.
Musuh-musuh Rusia jugamemutarbelitkan kebenaran sejarah negara itu, menurut dekri tersebut.
Turut disenaraikan adalah ancaman daripada “organisasi dan individu tertentu di Rusia”, yang dirujuk sebagai lesbian, gay, biseksual, transgender dan diragui (LGBTQ).
Dekri itu menyebut golongan LGBTQ membawa fahaman dan pengaruh asing ke Rusia sehingga memusnahkan institusi keluarga tradisional menerusi propaganda hubungan seks songsang.
Gereja Ortodoks menyifatkan dekri itu sebagai cara terbaik untuk memelihara rakyat Rusia terutamanya anak-anak muda.
Dekti tersebut dikeluarkan ketika ahli-ahli Parlimen Rusia mengundi untuk meminda dan memperkukuh undang-undang “propaganda gay” 2013.
Melalui pindaan, undang-undang yang melarang “propaganda gay” disebar kepada kanak-kanak bawah umur itu akan dipanjangkan kepada semua orang dewasa Rusia, dengan menetapkan larangan dalam media, internet, iklan, sastera dan pawagam. – AFP, 10 November, 2022.
Komen