7 hari gangguan perkhidmatan LRT: Di mana Wee Ka Siong?


ISU LRT bukan perkara yang baru di negara ini. Walau Parlimen sudah dibubarkan kita masih mempunyai ‘care taker government’ untuk mengendalikan urusan-urusan kerajaan.

Perkhidmatan LRT dari stesen Kelana Jaya ke Ampang Park terhenti operasi selama tujuh hari bermula hari ini. 

Namun tiada sepatah pun ulasan atau jawapan dari Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong. Beliau masih ada tanggungjawab. Beliau masih dibayar gaji menteri. Adakah beliau masih sibuk berkempen pilihan raya meskipun ada insiden sebesar ini?

Insiden ini memberi kesan kepada puluhan ribu warga kota setiap hari yang terpaksa keluar bekerja mencari rezeki. Hal ini tidak terkecuali juga kepada nasib anak2 di kawasan Ayer Hitam yang berkerja disana.

Sikap seperti ini akan menjadi kayu ukur adakah Wee Ka Siong masih patut diangkat di Ayer Hitam seterusnya diamanahkan sebagai menteri.

Dengan prestasi sebegini saya menyeru anak muda di ibu kota khususnya yang berasal dari Ayer Hitam supaya memberikan mesej yang jelas menolak Wee Ka Siong dalam PRU-15 ini. – 9 November, 2022.

* Sheikh Omar merupakan calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen P148 Ayer Hitam 

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen