Selangor beri cuti sehari sebelum mengundi


Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata keputusan memberikan cuti sehari sebelum PRU15 bagi membolehkan mereka yang bekerja dan menetap di Selangor pulang mengundi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 November, 2022.

KERAJAAN Selangor memutuskan memberi cuti umum pada 18 November, sehari sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi membolehkan pengundi pulang ke negeri masing-masing untuk mengundi.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata ramai yang bekerja dan menetap di Selangor, tetapi mengundi di kampung halaman mereka di negeri lain.

Beliau juga menggesa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengisytiharkan 18 November sebagai hari kelepasan am negara bagi memudahkan rakyat Malaysia membuang undi pada 19 November.

“Ia (cuti negeri) terpakai kepada sektor awam dan swasta di Selangor,” katanya.

Satu warta akan diterbitkan pada Rabu depan untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai keputusan kerajaan negeri, katanya.

Selangor yang dikendalikan Pakatan Harapan tidak akan mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya persekutuan kerana mahu membuat persiapan menghadapi banjir monsun. – 9 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen