GEMPA bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda barat Nepal pada Rabu, kata Pemantau Geologi AS (USGS), menyebabkan kejutan ke negara jiran India.
Pusat gempa melanda berhampiran Dipayal Nepal, 340km barat Kathmandu, dan didaftarkan pada kedalaman 15km oleh USGS.
Ia melanda sekitar jam 2 pagi (2030 GMT) dan menyebabkan gegaran ke utara India.
Penduduk di ibu negara India, New Delhi menyiarkan video di media sosial termasuk lampu berayun dan pagar bergoyang selepas ramai yang terkejut dengan gegaran itu.
Pusat Seismologi Kebangsaan India melaporkan gempa itu pada magnitud 6.3.
Tiada laporan segera mengenai kerosakan serius dan USGS menganggarkan kemungkinan kematian yang rendah.
Nepal Barat juga digegarkan oleh gempa bumi bermagnitud 4.8 pada kedalaman 10km pada waktu lebih awal, sekitar 9 malam (1530 GMT). – AFP, 9 November, 2022.
Komen