Manifesto PRU15, antara realiti dan retorik


INILAH antara tawaran pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi 222 kerusi Parlimen.

Bantuan automatik untuk isi rumah berpendapatan kurang RM2,208, mansuh tol Lebuhraya Utara Selatan (Plus) atau sejuta pekerjaan baharu.

Dan lagi cuti umum dari salah satu gabungan parti politik terbesar dalam usaha memenangi undi daripada 2.1 juta pengundi yang bakal membuang undi pada 19 November ini.

Ketika pengundi sedang meneliti kesemua manifesto dari Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), penganalisis berkata janji itu saja tidak cukup untuk memenangi undi. Gabungan itu perlu memiliki pemimpin yang berwibawa untuk memenuhi tawaran dan pembaharuan yang dijanjikan.

Pengundi lebih pilih calon, parti berbanding manifesto

Menurut Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar berdasarkan kajian, hanya 10% pengundi membaca janji pilihan raya sebelum membuang undi.

“Sangat sedikit pengundi yang mengundi berdasarkan janji. Hanya sebilangan kecil pengundi yang ambil masa untuk kaji manifesto sebelum ke pusat undi

“Orang kita undi berdasarkan calon dan parti politik,” katanya.

Untuk menyokong dakwaannya itu, Hisomuddin berkata pemimpin PH pun tidak menggunakan manifesto mereka dalam ceramah.

“PH paling awal umum manifesto mereka tapi ironinya, mereka tidak sebut tentang janji itu dalam ceramah. Sama ada calon tak baca atau tak tahu.

“Pemimpin PH masih guna retorik politik untuk dapatkan perhatian dan inilah ironinya,” katanya.

Sementara Dr Awang Azman Awang Pawi berkata manifesto PH lebih terperinci dan boleh dipercayai berbanding dua lagi pesaingnya - PN dan BN.

Ahli akademik Universiti Malaya itu dan Hisomudin bersetuju tawaran BN sederhana sementara tawaran PN tidak terlalu menarik.

“Jika kita pergi setiap muka surat, boleh lihat tawaran PH sangat terperinci apa rancangan mereka jika menang. BN pula mereka buat tawaran yang realistik tapi tidak terlalu telus, maksud saya penjelasannya tidak cukup.

“Tapi macam yang orang lain sebut, majoriti pengundi tak peduli nak baca tawaran itu dan mereka lebih tertarik nak dengar retorik, tuduhan dan gosip politik,” katanya. – 9 November, 2022.

Tidak memadai hanya manifesto

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research Rais Hussin berkata Malaysia memerlukan pemimpin yang oleh dipercayai dan cekap untuk menerajui serta memperkasa organisasi dan institusi utama yang bebas supaya negara berada berada di landasan yang betul.

Katanya organisasi utama ini harus beroperasi dalam ekosistem tadbir urus yang telus.

“Mesti ditadbir menggunakan model yang jelas untuk pemantauan dan penguatkuasaan yang berkesan terhadap garis masa yang ketat petunjuk prestasi utama (KPI).

“Jadi apa yang dinyatakan ahli politik dalam manifesto pilihan raya harus menjurus kepada reformasi reformasi institusi dan struktur kerajaan,” kata Rais.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen