PARTI Republikan AS berkemungkinan menguasai kawalan ke atas kedua-dua dewan Kongres, menguasai 237 daripada 435 kerusi di Dewan Perwakilan dan 51 daripada 100 kerusi di Dewan Senat, lapor Sputnik.
Risalah politik online Crystal Ball Sabato dalam ramalan pilihan rayanya hari ini berkata Parti Demokrat mungkin memenangi 198 kerusi di Dewan Rakyat dan 49 kerusi di Dewan Negara.
Ia bekata dalam pilihan raya gabenor yang turut berlangsung hari ini serentak dengan pilihan raya separuh penggal, Republikan mungkin memperoleh sokongan daripada 29 negeri AS berbanding 21 untuk Demokrat.
Kesemua 435 kerusi Dewan Rakyat dan 35 daripada 100 kerusi Dewan Negara terlibat dalam pemilihan tahun ini, selain pelbagai pilihan raya peringkat negeri dan tempatan. – Bernama, 8 November 2022.
Komen