PAMERAN Penerbangan dan Aeroangkasa Antarabangsa China dikenali sebagai Airshow China membuka tirainya Zhuhai, China hari ini.
Dijadualkan berlangsung sehingga 13 November pameran itu akan mengetengahkan sejumlah alat penerbangan yang dicipta oleh China kepada para pengunjung.
Menurut penganjur ruang pameran penerbangan angkasa akan disajikan dengan kombinasi tiga modul stesen angkasa China dan tiga model roket pembawa termasuk Long March-5B dan Long March-9.
Pada masa ini Long March-5B merupakan roket dengan kapasiti bawaan paling kuat di orbit Bumi rendah hasil ciptaan China.
Manakala Long March-9 ialah roket berat pada masa hadapan yang mempunyai kapasiti dari 140 hingga 160 tan.
Secara teorinya Long March-9 dapat menghantar seluruh stesen angkasa ke ruang angkasa lepas pada setiap kali pelancarannya.
Terdahulu pembinaan konfigurasi asas stesen angkasa berbentuk “T” di orbit berjaya diselesaikan.
Oleh itu dalam pameran kali ini kombinasi ditunjukkan kepada pengunjung adalah dalam bentuk model 1:1.
Pengunjung dapat meneroka modul teras Tianhe dan modul eksperimen Tianwen bagi merasai suasana di stesen angkasa dalam pameran kali ini.
Selain itu dron Feihong yang ditempatkan di ruang areoangkasa buat pertama kalinya dipamerkan dalam pameran tahun lalu akan memperkenalkan produk baharunya pada pameran kali ini iaitu Feihong-97A.
Difahamkan produk itu merupakan sejenis dron udara yang mampu membawa peluru berpandu jelajah atau peluru berpandu tempur dan mobiliti dalam pertempuran udara dron itu turut ditingkatkan secara drastik. – Bernama, 8 November, 2022.
Komen