Perdagangan Rusia-China meningkat 33% 10 bulan pertama 2022 


Tahun lalu perdagangan antara Rusia dan China meningkat sebanyak 35.8 peratus iaitu mencecah AS$146.887 bilion. – Gambar EPA, 7 November, 2022.

PERDAGANGAN antara Rusia dan China meningkat 33 peratus dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas, mencecah rekod AS$153.938 bilion, menurut Pentadbiran Am China mengenai Kastam.

Dalam tempoh itu, eksport China ke Rusia meningkat sebanyak 12.8 peratus tahun ke tahun dan berjumlah AS$59.596 bilion manakala eksport Rusia ke China dalam tempoh 10 bulan pertama 2022 meningkat 49.9 peratus iaitu sekitar AS$94.342 bilion, lapor Sputnik.

Pada Oktober, nilai perdagangan antara Rusia-China mencecah AS$17.637 bilion.

Rusia mengeksport barangan bernilai AS$10.23 bilion ke China bulan lepas manakala eksport China ke Rusia berjumlah AS$7.4 bilion.

Tahun lalu, perdagangan antara kedua-dua negara meningkat sebanyak 35.8 peratus iaitu mencecah AS$146.887 bilion. – Bernama, 7 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen