GIMNAS Turkiye Adem Asil menghadiahkan pingat emas untuk negaranya selepas beliau menjuarai acara Still Rings pada Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia ke-51, lapor Agensi Anadolu.
“Mewakili #Türkiye di #ARTWorlds2022, Adem Asil memenangi emas peringkat akhir Still Rings, memperoleh 14,933 mata selepas melakukan aksi yang menakjubkan,” menurut Jawatankuasa Olimpik Turki.
Asil, 23, merangkul gelaran juara itu dalam perlawanan akhir di Liverpool, United Kingdom.
Jingyuan Zou dari China mendapat tempat kedua manakala Courtney Tulloch dari United Kingdom menduduki tempat ketiga. – Bernama, 7 November, 2022.
Komen