38 cedera pangsapuri terbakar di New York


Kebakaran membabitkan sebuah bangunan pangsapuri di Manhattan New York pada Sabtu dipercayai berpunca dari daripada bateri lithium-ion. – Gambar AFP, 6 November, 2022.

SEKURANG-kurangnya 38 orang cedera selepas sebuah bangunan pangsapuri terbakar di New York pada Sabtu, dipercayai berpunca daripada bateri lithium-ion.

CNN memetik Pesuruhjaya Bomba New York Laura Kavanagh melaporkan dua mangsa dalam keadaan kritikal, sementara lima lagi cedera parah dalam kejadian di East 52nd Street di Manhattan.

“Enam kematian direkodkan tahun ini, hanya disebabkan bateri lithium-ion (punca kebakaran),” kata Kavanagh dipetik CNN.

Sementara itu, ketua marsyal bomba, Dan Flynn berkata kebakaran dipercayai berpunca dari bateri lithium-ion, yang boleh didapati dalam kenderaan elektrik ringan seperti basikal dan skuter.

“Enam kematian direkodkan tahun ini, hanya disebabkan bateri lithium-ion (punca kebakaran),” katanya dipetik CNN.

Menurut Flynn, bomba percaya salah seorang penghuni pangsapuri yang terbakar itu melakukan kerja-kerja membaiki basikal. – AFP, 6 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen