Jumlah maut kebakaran kelab malam Rusia cecah 13


ANGKA kematian akibat kebakaran di sebuah kelab malam di bandar Kostroma, Rusia mencecah 13 orang manakala empat lagi cedera, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan wilayah kepada Sputnik pada Sabtu.

Kelab malam “Poligon” dilaporkan terbakar pada Jumaat malam sebelum merebak ke kawasan seluas 3,500 meter persegi (37,670 kaki persegi).

Seramai 250 orang telah dipindahkan dari bangunan itu, menurut kementerian kecemasan Rusia. – Bernama, 5 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen