SUBVARIAN baharu Omicron BQ.1 dan BQ.1.1 menyumbang lebih 35 peratus kes Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) minggu ini, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC).
BQ.1.1 menyumbang hampir 19% manakala BQ.1 merangkumi 16.5% kes yang dikesan minggu ini, menurut laporan CDC yang dikeluarkan semalam.
Kedua-dua varian baharu itu merebak dengan pantas sejak Oktober, lapor Xinhua.
Subvarian berkenaan menyumbang kira-kira satu daripada empat jangkitan Covid-19 di seluruh negara minggu lalu dan kini merebak dengan pantas di Eropah. – Bernama, 5 November, 2022.
Komen