Sri Lanka lapor kes pertama cacar monyet 


Imej mikroskopik elektron menunjukkan zarah virus cacar monyet berbentuk bujur. – Gambar Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, 4 November 2022.

KEMENTERIAN Kesihatan Sri Lanka pada Jumaat melaporkan kes pertama cacar monyet selepas seorang remaja tiba dari Dubai baru-baru ini, lapor Xinhua.

Remaja berusia 20 tahun itu tiba dari Dubai pada 1 November dan dimasukkan ke Hospital Penyakit Berjangkit (IDH) di Colombo, lapor media tempatan.

Kementerian Kesihatan akan terus memantau ketibaan pelancong dan warga tempatan dari luar negara serta meningkatkan usaha mengesan sebarang kemungkinan kes penyakit berjangkit. – Bernama, 4 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen