Indonesia rekod 4,951 kes Covid-19


Agensi Nasional Pengurusan Bencana Indonesia melaporkan 4,866 kes diklasifikasikan sebagai penularan tempatan manakala 85 lagi dari luar negara. – Gambar AFP, 4 November, 2022.

INDONESIA mencatatkan 4,951 kes baharu Covid-19 yang disahkan pada Khamis, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu sebanyak 6,507,610.

Berdasarkan data Agensi Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, 4,866 diklasifikasikan sebagai penularan tempatan manakala 85 lagi dari luar negara.

Wilayah Jakarta menyumbang angka tertinggi sebanyak 1,823 kes, diikuti wilayah Jawa Barat (694) dan wilayah Jawa Timur (681), di tengah-tengah peningkatan kes harian.

Jumlah pulih pula sebanyak 2,882 kes manakala sejumlah 42 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas sehingga tengah hari semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 158,737. – Bernama, 4 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen