Elton John tinggalkan pentas kerana peminat kurang ajar


Elton John adalah selebriti gay pertama mendedahkan orientasi seksualnya pada 1980-an mengumumkan awal minggu ini yang beliau akan berhabisan dalam siri jelajah konsertnya yang akan bermula pada 8 September ini dan berterusan sehingga 2012. – Gambar EPA, 4 Mac, 2018.

ELTON John meninggalkan pentas konsertnya di Las Vegas selepas seorang peminat “kurang ajar: menganggu persembahannya, katanya hari ini.

“Seorang peminat meletakkan tangan di atas piano ketika saya sedang memainkannya dan terus berbuat demikian walaupun selepas saya memintanya berhenti,” kata penyanyi berusia 70 tahun itu menerusi catatan di akaun Twitternya.

“Lelaki itu kurang ajar, menganggu dan tidak hormat persembahan kami dan saya beritahunya apa yang saya rasa, kemudiannya meninggalkan pentas sehingga mereka (pasukan keselamatan) menyingkirnya (daripada konsert),” kata John.

Kejadian itu berlaku pada persembahan “Saturday Night” apabila John membenarkan sekumpulan peminat menaiki pentas.

Beliau kemudian kembali meneruskan persembahan tanpa peminat di atas pentas.

John yang menjadi selebriti gay pertama mendedahkan orientasi seksualnya pada 1980-an mengumumkan awal minggu ini yang beliau akan berhabisan dalam siri jelajah konsertnya yang akan bermula pada 8 September ini dan berterusan sehingga 2012. – AFP, 4 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen