Komander polis Mexico diculik, ditembak mati


Hector Moreno, komander polis negeri Morelos diculik ketika sedang bercuti oleh penjenayah di kawasan miskin bandar itu dan kemudian ditembak mati. – Gambar AFP, 4 Mac, 2018.

SEORANG komander polis diculik di sebuah resort percutian di Acapulco, Mexico sebelum ditembak mati, kata pegawai hari ini.

Hector Moreno, komander polis negeri Morelos diculik ketika sedang bercuti oleh penjenayah di kawasan miskin bandar itu dan kemudian ditembak mati, menurut polis.

Guerrero adalah kawasan dengan resort percutian terkenal seperti Acapulco, Ixtapa dan Zihuatanejo tetapi juga antara negeri termiskin dan mempunyai kadar jenayah terancang tertinggi.

Kerajaan Mexico menghantar tentera untuk memerangi kartel dadah di situ pada 2006 dan pertempuran antara mereka semakin buruk sehingga kini.

Tahun lepas, lebih daripada 25,000 orang dibunuh di Mexico dan merupakan rekod baru. Jumlah kematian di Guerrero paling tinggi berbanding negeri lain iaitu sebanyak 2,318. – AFP, 4 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen