Oktober bulan paling panas di Perancis sejak 1945


Oktober tahun ini bulan paling panas di Perancis sejak 1945, dengan suhu purata mencecah 17.2 darjah Celsius. – Gambar AFP, 3 November, 2022.

OKTOBER tahun ini direkodkan sebagai bulan paling panas di Perancis sejak 1945, dengan suhu purata mencecah 17.2 darjah Celsius, menurut perkhidmatan meteorologi Perancis Meteo-France pada Rabu.

Purata suhu Oktober adalah kira-kira 3.5 darjah Celsius lebih tinggi daripada biasa di seluruh negara, lapor Xinhua memetik kenyataan Meteo-France.

Perkhidmatan meterologi memaklumkan suhu purata yang direkodkan di 30 stesen cuaca di seluruh Perancis kekal di atas paras normal sejak 2 Oktober.

Cuaca panas yang tidak pernah berlaku sebelum ini disertai dengan kejadian ribut petir melanda sebahagian besar negara itu pada 23 Oktober, hingga menyebabkan kerosakan, terutamanya di utara Perancis. – Bernama, 3 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen