20 pendatang lemas, bot terbalik di Greece


Sejak 2015, Greece menjadi laluan untuk migran dan pelarian menuju ke Eropah, dengan ratusan telah terkorban di Laut Aegean. – Gambar EPA, 3 November, 2022.

ANGGOTA penyelamat Greece pada Rabu menemukan mayat 20 pendatang selepas sebuah bot terbalik di pulau Evia di Laut Aegean pada Selasa, lapor agensi berita nasional Greece AMNA.

Sementara itu 12 lagi penumpang berjaya diselamatkan semasa operasi.

Mangsa yang terselamat memberitahu pihak berkuasa bahawa terdapat 68 orang berada di atas bot itu sebelum ia karam di kawasan Cape Kafireas, lapor Xinhua.

Kumpulan berkenaan dipercayai berasal dari Mesir, Afghanistan dan Iran, kata jurucakap Pengawal Pantai Hellenic Komander Nikos Kokkalas.

Lebih satu juta pendatang memasuki Greece secara haram sejak 2015 dan kebanyakan mereka meneruskan perjalanan ke negara Eropah lain, manakala ratusan lagi lemas di laut, menurut pihak berkuasa Greece. – Bernama, 3 November, 2022.   


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen