Taufan Lisa membadai Amerika Tengah


Belize dinaiki air dan mengalami angina kuat susulan dilanda taufan Lisa yang dijangka turut membadai di sebahagian Mexico. – Gambar AFP, 3 November, 2022.

NEGARA Amerika Tengah, Belize dalam keadaan berjaga-jaga susulan taufan Lisa bakal membadai dengan membawa angin kuat, hujan lebat dan banjir kilat yang akan turut menjejaskan semenanjung Yucatan di Mexico.

Pusat Taufan Amerika Syarikat (NHC) mengeluarkan amaran taufan untuk pantai Belize dan Yucatan dari Chetumal hingga Puerto Costa Maya.

Lisa menju ke barat Laut Caribbean dengan kelajuan 22km sejam dengan maksimum angin 130km sejam, kata NHC.

Ia diramalkan taufan kategori 1 yang akan menyebabkan tanah runtuh di Belize.

Hujan lebat dijangka menyebabkan banjir kilat di Belize hingga ke utara Guatemala dan sebahagian tenggara Mexico. – AFP, 3 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen