Korea Utara lancar 3 peluru berpandu


Korea Utara melancarkan satu peluru berpandu jarak jauh dan dua jarak dekat hari ini, kata tentera Seoul. – Gambar AFP, 3 November, 2022.

KOREA Utara melancarkan satu peluru berpandu jarak jauh dan dua jarak dekat hari ini, kata tentera Seoul.

Salah satu peluru itu menyebabkan amaran dikeluarkan kepada penduduk di pulau Korea Selatan sebahagian di utara Jepun terpaksa mendapatkan perlindungan.

Tentera Seoul berkata ia mengesan satu peluru berpandu jarak jauh yang dipercayai dilancarkan ke Laut Timur sekitar 7.40 pagi di Sunan, Pyongyang,” katanya merujuk kepada perairan yang turut dikenali sebagai Laut Jepun.

Tidak lama selepas itu, ia mengesan dua peluru berpandu jarak dekat dilancarkan sekitar 8.39 pagi dari Kaechon, wilayah selatan Pyongan.

Tentera Korea Selatan berada dalam keadaa bersedia sepenuhnya dan bekerjasama rapat dengan pemantauan AS.

Sehari sebelum ini Pyongyang melancarkan lebih 20 peluru berpandu, termasuk satu mendarat berhampiran perairan wilayah Korea Selatan.

Pyongyang giat melancarkan peluru berpandu susulan Seoul dan Washington menjalankan latihan ketenteraan udara bersama membabitkan ratusan pesawat perang dari kedua-dua pihak.

Media tempatan melaporkan siren udara dibunyikan di kepulauan Ulleungdo di mana penduudk diberi amaran untuk mendapatkan perlindungan susulan peluru berpandu dilancarkan Pyongyang.

Tokyo turut mengesahkan pelancaran peluru berpandu itu, dengan kerajaan mengeluarkan amaran khas kepada penduduk di wilayah utara, mengarahkan mereka duduk di dalam rumah. – AFP, 3 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen