Hujan lebat jejas kehidupan di Chennai, sekolah ditutup


Ketua Menteri Tamil Nadu M.K. Stalin mengarahkan pegawai daerah membuat persiapan bagi menghadapi kemungkinan banjir kerana jabatan cuaca telah meramalkan hujan lebat di banyak tempat dalam beberapa hari akan datang. – Gambar AFP, 2 November, 2022.

KEHIDUPAN penduduk di ibu negara Tamil Nadu, Chennai terganggu dan sekolah ditutup pada Rabu berikutan hujan lebat sejak malam Selasa.

Sebahagian daripada metropolis selatan itu dinaiki air dan hujan lebat dijangkakan dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Sekolah di sembilan daerah di Tamil Nadu ditutup pada Rabu, menurut laporan media tempatan.

Ketua Menteri Tamil Nadu M.K. Stalin mengarahkan pegawai daerah membuat persiapan bagi menghadapi kemungkinan banjir kerana jabatan cuaca telah meramalkan hujan lebat di banyak tempat dalam beberapa hari akan datang.

Dua orang maut dalam insiden berkaitan hujan di Chennai minggu ini. – Bernama, 2 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen