Jambatan runtuh di India, 9 individu ditahan


Jambatan berusia hampir 150 tahun itu runtuh pada petang Ahad di daerah Morbi di Gujarat, menyebabkan ratusan orang jatuh ke dalam sungai. – Gambar AFP, 1 November, 2022.

POLIS India menahan sembilan individu berhubung kejadian jambatan gantung di barat negara itu, yang meragut sekurang-kurangnya 137 nyawa.

Jambatan yang dibuka semula beberapa hari lebih awal selepas pengubahsuaian itu runtuh pada petang Ahad di daerah Morbi di Gujarat, menyebabkan ratusan orang jatuh ke dalam sungai.

Sembilan individu yang ditahan itu bekerja di syarikat yang menyelenggara jambatan tersebut. Kesemua mereka disiasat atas tuduhan membunuh tanpa niat, kata pegawai kanan polis Ashok Kumar dalam satu kenyataan semalam.

Kejadian berlaku ketika orang ramai sedang meraikan hari terakhir cuti Deepavali. 

Rakaman CCTV menunjukkan jambatan berusia hampir 150 tahun itu bergoyang tiba-tiba runtuh. Polis tempatan berkata kira-kira 50 kanak-kanak antara yang terbunuh, paling muda berusia dua tahun.

Seorang ahli Parlimen, Kalyanji Kundariya dilaporkan berkata 12 ahli keluarganya terlibat dalam kejadian itu, termasuk lima kanak-kanak. – AFP, 1 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen