SEORANG penulis terkemuka Bangladesh diserang dan mengalami kecederaan di utara bandar Sylhet pada Sabtu, kata polis.
Ia merupakan siri serangan terbaru melibatkan beberapa pengarang dan penulis blog.
Polis berkata Zafar Iqbal, seorang aktivis sekular dan penulis buku fiksyen sains terkenal, dikejarkan ke hospital di Sylhet selepas serangan itu.
“Dia dipukul di bahagian belakang kepalanya dan berdarah,” kata seorang anggota polis yang di hospital kepada AFP, bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.
Abdul Wahab, jurucakap polis kota Sylhet mengesahkan kejadian tersebut, dengan mengatakan polis mengesyaki dia diserang dengan pisau.
“Dia berada dalam seminar ketika diserang. lelaki bersenjata menangkap penyerang itu,” katanya kepada AFP, merujuk kepada pengawal polis Iqbal.
Kerajaan Bangladesh memperuntukkan kawalan keselamatan kepada penulis dan aktivis sekular terkemuka negara ini.
Polis tidak tahu berapa ramai yang terlibat dalam serangan itu atau sama ada mereka terdiri daripada kumpulan pelampau Islam, katanya.
“Dia dibawa ke dewan operasi,” katanya.
Iqbal, yang mengajar di sebuah universiti di Sylhet, terkenal dengan ceramah mengenai kebebasan bersuara dan sekularisme di Bangladesh.
Beliau juga merupakan pengarang buku terlaris dan penceramah selebriti yang sering muncul di kampus universiti di seluruh negara.
Para pelampau Islam yang disyaki melakukan beberapa serangan terhadap penulis dan blogger sekular dan ateis dalam tempoh empat tahun lalu, membunuh lebih 10 orang termasuk seorang penulis blog atheis Bangladesh terkenal yang berasal dari Amerika.
Polis menyalahkan kumpulan ekstremis Islam tempatan Kumpulan Ansarullah Bangla, yang juga dikenali sebagai Ansar al Islam, yang turut dikaitkan dengan Al Qaeda di benua India terhadap kebanyakan serangan. – AFP, 3 Mac, 2018.
Komen