HARGA minyak mentah merosot semalam dipengaruhi oleh pengukuhan dolar Amerika, lapor Xinhua.
West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran Disember turun AS$1.37 atau hampir 1.6% untuk ditutup pada AS$86.53 setong di New York Mercantile Exchange.
Minyak mentah Brent bagi penghantaran Disember menyusut 94 sen atau 1% untuk ditutup pada AS$94.83 setong di Bursa Hadapan ICE London.
Mata wang Amerika meningkat dengan ketara kerana peserta pasaran menjangkakan satu lagi kenaikan besar kadar Rizab Persekutuan lewat minggu ini.
Meskipun kerugian semalam, harga minyak tetap mencatatkan keuntungan untuk bulan itu sebahagiannya dirangsang oleh keputusan pemotongan pengeluaran diumumkan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya atau dikenali OPEC+.
Bagi Oktober WTI meningkat 8.9% manakala Brent meningkat 7.8%, menurut Data Pasaran Dow Jones. – Bernama, 1 November, 2022.
Komen